Belajar masak
Pening lalat sekejap, bila pepagi ader member mintak resepi spageti nak buat mkn pagi raya!
Spagetti Malaya
1 tin sos spagetti; samada sos original, cendawan...cap Prego
1 1/2 sudu makan lada kisar...
1 sudu kecil lada hitam...apepun agak2 lar nak pedas mcm mn!
2 ulas bwg putih...tumbuk
2 cm halia...tumbuk-tak leh nak cakap gak banyak mn, terpulang pada individu-banyak sangat tak syok juga!
cendawang butang/straw...ikut pilihan hati-lagi banyak lagi lar sedap!
daging ayam cincang...pun agak2-sbb i pun tak pernah sukat.
spagetti
olive oil-klu tak nak miyak masak biaser pun ok!
garam; secukup rasa
basil leaves (dalam botol kecil-lbh kurang mcm serbuk)
Cara Memasak
Panaskan minyak utk menumis bawang putih tu...sampai naik bau-jgn garing!! kemudian tambahkan lada hitam tumbuk tunggu kejap sebelum masukkan daging ayam...tambah sedikit air kalau kering sangat...sebab nanti takut ayam tu bergentil2. Bila ayam pun dah ok! masukkan cendawan2 (potongan ikut kreativiti) ... beberapa minit kemudian, tambahkan sos spaggeti dan kacau...tambah air lebih kurang (3/4 tin Prego @ ikut suka nak pekat mcm mn).
Tunggu hingga mendidih.
Jangan luper rebus spaggeti, semasa rebus tambahkan skit garam + minyak masak/olive - ambil masa 25 minit...aperpun rujuk arahan masakan pada wrapper! Biler spaggeti dah lembut tuskan, bilas dengan air sejuk (air dalam peti ais) tus sekali lagi; dah tu barulah dititiskan olive oil-ar yg ni takleh pakai ganti minyak msk nak olive oil gak!
So, hidangkan...daun basil (serbuk tu) tabur kat atas sebelum makan!

